Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..muslimin & muslimat sekalian..di akhir zaman ini kita telah masuk dalam 1 zaman fitnah, banyak golongan ekstrim agama yang mendakwa mereka alim, bijak dalam agama dan sebagainya. Golongan seperti ini tidak sama Ilmuan islam zaman dahulu yang tekun membaca, menghafal ayat Al-Quranul Karim, dan hadis Rasulullah SAW, tidak kira siang dan malam. Golongan 'pandai agama' yang dimaksudkan tadi hanya membaca sedikit sahaja sama ada ayat al-Quran atau hadis tetapi gaya penyampaiannnya mengalahkan golongan Ilmuan. Moga kita dijauhkan dari sifat begini.
Dalam pada itu, keghairahan kita mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, biarlah ada nas & dalilnya yang Sahih. Antara hadis Diet Nabi S.A.W yang Sahih ialah beliau memakan makanan yang Halal dengan jumlah yang tidak banyak, itu sahaja. Sabit dalam hadis Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut" [HR al-Bukhari, no. 5392].
Tidak dapat dinafikan, terdapat sebilangan kita yang berniat baik atas alasan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "sampaikan dariku walau satu ayat" dan menyebarkan hadith-hadith Nabi S.A.W dalam internet terutamanya Facebook dan email. Namun, janganlah kita lupa lafaz penuh hadis ini yang padanya galakan dan ancaman, dengan ancaman pada bahagian akhir hadis berbunyi: "وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia Sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".
Sebelum ingin menyebarkan atau berkongsi sesuatu Hadis, pastikan Sahih merangkumi siapa riwayatnya, serta benarkah ia hadis.Apabila ia benar atau sahih, barulah boleh dikongsi kepada umum sama FB, email dan sebagainya. Jika tidak Sahih atau belum dapat dipastikan kesahihannya, elakkan dari menyebarkannya supaya kita terhindar dari penyebaran fitnah dan jadi pendusta. Nauzubillah Min Zalik. Wallahua'lam.
~Mencari yang Halal itu Fardhu setiap Muslim~
~Halal Our First Choice~