Terjemahan: Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, bererti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam perkara samar-samar itu, maka ia telah terjerumus kedalam perkara yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya.
Ingatlah bahawa dalam jasad ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”.
[Bukhari no. 52, Muslim no. 1599]
HALAL dan HARAM itu sudah jelas seperti yang Allah sebutkan dalam ayat-ayat Al-Quranul Karim. Kini, produk makanan, minuman dll semuanya telah mempunyai tanda/logo HALAL yang dikeluarkan pihak authority iaitu JAKIM. Namun, perkara SYUBHAH(ragu-ragu/was-was) ini perlu berhati-hati dan dijauhkan.
Selagi tidak ada maklumat yang jelas tentang status sesuatu isu-isu/produk/premis/ yang SYUBHAH ini, janganlah kita hampirinya. DIhuatiri kita akan terjerumus dalam perkara yang HARAM. Boleh renungkan penjelasan ringkas dalam foto di bawah ini.
Wallahu a'lam.