Assalamualaikum, di sini saya kongsi sedikit info kepada Pengguna-pengguna untuk mengenali logo Halal Malaysia yang TULEN dengan teliti sebelum membeli sesuatu barangan/shopping. Saya sertakan juga penerangan ringkas untuk mengenali logo Halal TULEN ini.
Logo-logo di bawah pula adalah 'FAKE' atau tidak diiktiraf oleh JAKIM. Jika masih digunakan, pesalah akan didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2013. Jika terlihat logo-logo palsu seperti itu, sila laporkan kepada Bahagian Hab Halal JAKIM dengan segera di talian bebas tol bahagian tersebut iaitu (1800 2222 44) ATAU (03-83150200).
Sila like page https://www.facebook.com/shbtHalal untuk mengetahui info-info, kongsi isu-isu, komen, cadangan, serta pertanyaan berkenaan Halal & Haram. In Shaa ALLAH kami akan membantu kepada kefahaman Halal yang sebenar.
Layari juga websites Portal Rasmi HALAL MALAYSIA : www.halal.gov.my
Moga perkongsian ini dapat menambah kefahaman Muslimin dan Muslimat.
~Mencari Yang Halal Fardhu bagi setiap Muslim~
~Halal Our First Choice~
No comments:
Post a Comment