Monday, 17 June 2013

HALAL, HARAM & SYUBHAH

Assalamualaikum, Bismillah, mari kita fahami apa yang telah Rasulullah SAW jelaskan tentang Halal, Haram & Syubhah. Di bawah ini adalah terjemahan Hadis tersebut. In Shaa Allah

Terjemahan:  Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, bererti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam perkara samar-samar itu, maka ia telah terjerumus kedalam perkara yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Allah apa-apa yang diharamkan-Nya. 
Ingatlah bahawa dalam jasad ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”.
 [Bukhari no. 52, Muslim no. 1599]

HALAL dan HARAM itu sudah jelas seperti yang Allah sebutkan dalam ayat-ayat Al-Quranul Karim. Kini, produk makanan, minuman dll semuanya telah mempunyai tanda/logo HALAL yang dikeluarkan pihak authority iaitu JAKIM. Namun, perkara SYUBHAH(ragu-ragu/was-was) ini perlu berhati-hati dan dijauhkan. 

Selagi tidak ada maklumat yang jelas tentang status sesuatu isu-isu/produk/premis/ yang SYUBHAH ini, janganlah kita hampirinya. DIhuatiri kita akan terjerumus dalam perkara yang HARAM. Boleh renungkan penjelasan ringkas dalam foto di bawah ini.
Wallahu a'lam.



Friday, 26 April 2013

KEMUSYKILAN, ADUAN, MAKLUMBALAS & PERTANYAAN DALAM ISU HALAL

GAMBAR 1, LAMAN WEB RASMI YANG BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN.


GAMBAR 2 & 3,  NOMBOR TALIAN, LAMAN WEB & EMAIL JAKIM & JAIN (NEGERI) YANG BOLEH DIHUBUNGI



Sumber : www.halal.gov.my
              www.hdcglobal.com
              fb page : Sahabat Halal

~Mencari yang Halal itu Fardhu Setiap Muslim~
~Halal Our First Choice~

Monday, 22 April 2013

MARI MENGENAL LOGO HALAL MALAYSIA TULEN


Assalamualaikum, di sini saya kongsi sedikit info kepada Pengguna-pengguna untuk mengenali logo Halal Malaysia yang TULEN dengan teliti sebelum membeli sesuatu barangan/shopping. Saya sertakan juga penerangan ringkas untuk mengenali logo Halal TULEN ini. 

Logo-logo di bawah pula adalah 'FAKE' atau tidak diiktiraf oleh JAKIM. Jika masih digunakan, pesalah akan didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2013. Jika terlihat logo-logo palsu seperti itu, sila laporkan kepada Bahagian Hab Halal JAKIM dengan segera di talian bebas tol bahagian tersebut iaitu (1800 2222 44) ATAU (03-83150200).

Sila like page  https://www.facebook.com/shbtHalal untuk mengetahui info-info, kongsi isu-isu, komen, cadangan, serta pertanyaan berkenaan Halal & Haram. In Shaa ALLAH kami akan membantu kepada kefahaman Halal yang sebenar.

Layari juga websites Portal Rasmi HALAL MALAYSIA : www.halal.gov.my

Moga perkongsian ini dapat menambah kefahaman Muslimin dan Muslimat.

~Mencari Yang Halal Fardhu bagi setiap Muslim~
~Halal Our First Choice~

Saturday, 30 March 2013

BERINGAT SEBELUM MELAKUKAN SESUATU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..muslimin & muslimat sekalian..di akhir zaman ini kita telah masuk dalam 1 zaman fitnah, banyak golongan ekstrim agama yang mendakwa mereka alim, bijak dalam agama dan sebagainya. Golongan seperti ini tidak sama Ilmuan islam zaman dahulu yang tekun membaca, menghafal ayat Al-Quranul Karim, dan hadis Rasulullah SAW, tidak kira siang dan malam. Golongan 'pandai agama' yang dimaksudkan tadi hanya membaca sedikit sahaja sama ada ayat al-Quran atau hadis tetapi gaya penyampaiannnya mengalahkan golongan Ilmuan. Moga kita dijauhkan dari sifat begini.

Dalam pada itu, keghairahan kita mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, biarlah ada nas & dalilnya yang Sahih. Antara hadis Diet Nabi S.A.W yang Sahih ialah beliau memakan makanan yang Halal dengan jumlah yang tidak banyak, itu sahaja. Sabit dalam hadis Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:   seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut" [HR al-Bukhari, no. 5392].

Tidak dapat dinafikan, terdapat sebilangan kita yang berniat baik atas alasan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:  "sampaikan dariku walau satu ayat" dan menyebarkan hadith-hadith Nabi S.A.W dalam internet terutamanya Facebook dan email. Namun, janganlah kita lupa lafaz penuh hadis ini yang padanya galakan dan ancaman, dengan ancaman pada bahagian akhir hadis berbunyi: "وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia Sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".


Sebelum ingin menyebarkan atau berkongsi sesuatu Hadis, pastikan Sahih merangkumi siapa riwayatnya, serta benarkah ia hadis.Apabila ia benar atau sahih, barulah boleh dikongsi kepada umum sama FB, email dan sebagainya. Jika tidak Sahih atau belum dapat dipastikan kesahihannya, elakkan dari menyebarkannya supaya kita terhindar dari penyebaran fitnah dan jadi pendusta. Nauzubillah Min Zalik. Wallahua'lam.

~Mencari yang Halal itu Fardhu setiap Muslim~
~Halal Our First Choice~

Thursday, 31 January 2013

Malaysia Negara Pertama Menganugerah Pensijilan Halal Berdasarkan Standard Farmaseutikal Halal Terulung Di Dunia


Putrajaya, 30 Januari 2013 – Bahagian Hab Halal JAKIM telah mencipta sejarah pada hari ini dalam Industri Halal Global dengan menjadi badan persijilan pertama di dunia yang mengguna dan mengesahkan pengeluaran produk farmaseutikal berdasarkan standard farmaseutikal Halal pertama dunia, MS2424:2012.
 
Sijil Halal di bawah skim pensijilan MS2424 buat julung kalinya ini telah dianugerahkan kepada tiga buah anak syarikat Chemical Company Malaysia Berhad (CCM). Majlis penganugerahan telah diadakan di Ibu Pejabat JAKIM, Putrajaya. Sijil tersebut telah disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir adalah Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Hj. Othman Bin Mustapha dan Y. Bhg.Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Bin Che Othman, Pengerusi CCM.
 
Sebelum terdapatnya Standard Halal Farmaseutikal ini, Standard Makanan Halal telah dirujuk sebagai panduan serta kaedah yang digunapakai oleh semua pengeluar. Walau bagaimanapun, kaedah tersebut adalah tidak ideal kerana Standard Makanan Halal tidak diolah untuk menangani kompleksiti dan pengkhususan yang wujud di dalam sektor farmaseutikal.
 
Dalam membangunkan standard MS2424 Jakim merasa bangga kerana turut terlibat sebagai ahli dalam working group dan jawatankuasa teknikal yang berpadu tenaga membangunkan satu standard yang bertaraf antarabangsa ini.   Pakar – pakar yang memberi sumbangan yang penuh bermakna ini diketuai oleh Prof Dr Zhari Ismail, dari Universiti Sains Malaysia, yang kini turut merupakan salah seorang ahli dilantik oleh Majlis Raja-Raja untuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI),Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia, Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Hab Halal Jakim.
 
Lanjutan dari standard ini, Jakim juga telah membangunkan satu sistem pensijilan berdasarkan MS2424. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama strategik berkonsepkan “Lautan Biru”  atau “Blue Ocean” bersama Working Group dan agensi-agensi lain seperti Bahagian BPFK, Bahagian Farmasi MINDEF dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
 
Ini telah mewujudkan satu era baru dalam pengeluaran produk farmaseutikal di pasaran di mana elemen Halal untuk produk farmaseutikal dapat dikenalpasti dan disahkan melalui logo “Halal Malaysia” yang kini boleh dipamerkan pada barangan ‘Over the Counter’ (OTC) seperti supplemen kesihatan dan ubat-ubatan / produk terapeutik yang tidak memerlukan sebarang  preskripsi daripada doktor atau farmasi. Pengguna sekarang mempunyai lebih kuasa untuk membuat pilihan bijak dengan adanya alternatif Halal di pasaran.

Sedikit gambar-gambar sidang media, penyampaian sijil dan ucapan YB Menteri JPM.
sumber : www.islam.gov.my

Wednesday, 30 January 2013

SEJARAH LOGO HALAL MALAYSIA

Assalamualaikum..di kesempatan ini saya hendak berkongsi berkenaan sejarah LOGO HALAL MALAYSIA dari tahun 1994 sehingga kini.
1. Logo Halal rasmi yang mula-mula dikeluarkan dari tahun 1994 – 1998.
1997 - BAHEIS dinaik taraf kepada JAKIM.
Penggunaan logo seperti ini ketika itu kebanyakannya PALSU.

2. Logo Halal rasmi digunakan dari tahun 1998 – 2003.
Dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
TIADA LAGI Logo Halal seperti ini pada masa ini.


MS 1500 : 2009 
JAKIM/(S)/(22.00)/............. 


3. Logo Halal SERAGAM kebangsaan diperkenalkan mulai Januari 2003 bagi menggantikan Logo Halal yang sebelum ini.
Hanya JAKIM/JAIN & MAIN sahaja yang mengeluarkannya.

Hanya logo Halal Malaysia seragam ini sahaja yang diiktiraf serta sah digunapakai. Kenapa logo ini sahaja yang diiktiraf? 
Kerana penguatkuasaaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah diluluskan Parlimen & mengelakkan pengguna dari ditipu. Mulai 1 Januari 2012, hanya logo Halal yang dikeluarkan JAKIM/JAIN sahaja yang dibenarkan/diiktiraf. Kenali dengan teliti Logo Seragam ini.

Cara-cara mengenal Logo Halal Seragam ini :
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Sumber : www.halal.gov.my

SEJARAH PENSIJILAN HALAL MALAYSIA



Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak.
Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan. Pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang mempunyai hanya 28 jawatan.






Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal.
Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation (HDC). Walaubagaimanapun, mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan pensijilan Halal Malaysia dalam & luar negara telah dikembalikan semula kepada JAKIM.
Sehingga kini pengurusan pensijilan Halal Malaysia dikendalikan di bawah Bahagian Hab Halal JAKIM. Manakala di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri di bawah Bahagian Penyelidikan.

sumber : www.halal.gov.my