Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan. Pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang mempunyai hanya 28 jawatan.
Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal.
Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation (HDC). Walaubagaimanapun, mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan pensijilan Halal Malaysia dalam & luar negara telah dikembalikan semula kepada JAKIM.
Sehingga kini pengurusan pensijilan Halal Malaysia dikendalikan di bawah Bahagian Hab Halal JAKIM. Manakala di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri di bawah Bahagian Penyelidikan.
sumber : www.halal.gov.my
sumber : www.halal.gov.my
No comments:
Post a Comment