Friday, 14 December 2012

MAKMAL ANALISIS HALAL JAKIM PERTAMA DIWUJUDKAN DI NILAI, NEGERI SEMBILAN


NILAI : Makmal analisis halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang sedang dibina di sini akan mengukuhkan peranan Jakim dalam pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata makmal itu kelak akan menjadi pusat hentian setempat kepada industri penyelidikan dan pensijilan halal dunia, memandangkan segala keperluan dan rujukan pensijilan halal akan tertumpu di makmal itu. 
Ia akan memberi faedah yang amat besar kepada ekonomi negara menerusi pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf di seluruh dunia dan secara tidak langsung mengangkat imej Malaysia sebagai peneraju utama pensijilan halal, katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah makmal itu di Bandar Enstek, di sini.

"Maklumat dan analisis daripada makmal khusus dalam bidang halal ini akan diyakini dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak. Ini akan membantu Malaysia melahirkan pakar rujuk pensijilan halal dan menjadikan Malaysia sebagai peneraju hab halal dunia," katanya.


Jamil Khir berkata buat masa ini tempoh masa memproses sijil halal Malaysia adalah 30 hari, tapi dengan adanya makmal ini, tempoh sedia ada dijangkakan akan dapat dikurangkan.

Beliau berkata kos keseluruhan projek pembinaan makmal analisis halal itu ialah sebanyak RM56.7 juta dengan siling bagi tahun 2011 hingga 2013 sebanyak RM27.5 juta.

Katanya makmal itu merupakan fasa pertama daripada keseluruhan projek Institut Halal Malaysia yang dijangka boleh diduduki mulai Ogos 2014 dan dijangka beroperasi sepenuhnya mulai Januari 2015.

"Sepanjang tahun 2014, makmal ini akan menjalani ujian percubaan peralatan bagi memastikan kesediaan untuk menerima sampel bermula Januari 2015. Projek ini dibangunkan di kawasan seluas 18.4 hektar.

"Bangunan makmal ini akan terdiri daripada tiga seksyen makmal, dua unit pengurusan makmal dan bangunan sokongan dengan menggunakan elemen bangunan hijau' dan kaedah 'sistem binaan berindustri," kata Jamil Khir. - Bernama


Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/14 HARIAN METRO

Saturday, 8 December 2012

PIAGAM PELANGGAN PROSES PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

BIL
PERKARA
KATEGORI
TEMPOH MASA/KELULUSAN
TERMA DAN SYARAT
1
PERMOHONAN BAHARU
Pemohon kali pertama
a.Produk
b.Premis
c.Rumah  Sembelih
d.Logistik
30 hari bekerja selepas bayaran yuran
1) Hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di  www.halal.gov.my 
2) Pemohon hendaklah mengemukakan/menghantar   dokumen sokongan* yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas penghantaran borang e-halal di dalam sistem online.
3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat bayaran yuran dari Jakim/Jain.
4) Tiada notis ketidakakuran (non-comformance/NCR) semasa audit lapangan dijalankan.
2
TAMBAH PRODUK/MENU
Produk/menu baharu menggunakan bahan ramuan baharu
Produk
Premis
30 hari bekerja selepas bayaran yuran
-SDA-*

3
PEMBAHARUAN
dengan perubahan nama produk/menu atau  bahan ramuan atau pengeluar
Produk
Premis
Logistik
30 hari bekerja selepas bayaran yuran
-SDA-
4
KONTRAK PENGELUARAN (OEM)
bagi produk sedia ada yang telah disahkan halal
Produk
Tujuh(7) hari bekerja selepas bayaran yuran
1) Terbuka kepada pengilang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia sahaja.
2) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

3) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas penghantaran borang
4) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat yuran dari Jakim/Jain.
5
TAMBAH PRODUK/ MENU
menggunakan bahan ramuan sedia ada yang telah disahkan halal
Produk
Premis
Tujuh(7) hari bekerja selepas bayaran yuran
1)Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

2) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas penghantaran borang.
3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat yuran dari Jakim/Jain.
4) Produk/Menu dihasilkan menggunakan ramuan sedia ada yang telah disahkan halal
5) Bagi premis, permohonan terbuka kepada premis yang mempunyai Dapur Utama dan Outlet makanan yang telah disahkan halal sahaja
6
PEMBAHARUAN
tanpa sebarang pindaan nama produk/menu atau bahan ramuan atau pembekal
Produk
Premis
Logistik
Satu(1) hari bekerja selepas bayaran yuran
1)    Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

2) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh lima hari bekerja selepas penghantaran borang
3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat yuran dari Jakim/Jain.
4) Pemohon hendaklah melampirkan Surat Aku Janji sebagai bukti.
5) Bagi premis, permohonan terbuka kepada premis yang mempunyai Dapur Utama dan Outlet makanan yang telah disahkan halal sahaja
6) Pemohon hendaklah mempunyai rekod pensijilan halal yang baik
7
PINDAAN SIJIL
Produk
Premis
RumahSembelih
Logistik
Satu(1) hari bekerja selepas bayaran yuran
1)Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan secara rasmi
2)Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat yuran dari Jakim/Jain. 
3)Dokumen sokongan berikut hendaklah dikemukakan:
a) Pindaan nama produk
-Salinan asal Sijil Pengesahan Halal Malaysia
b) Pertukaran nama syarikat tanpa melibatkan pertukaran alamat atau  nama produk
-Salinan asal Sijil Pengesahan Halal Malaysia
-Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
-Salinan lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan
c) Sijil hilang/rosak
-Salinan laporan polis
-Salinan sijil asal (jika ada)
8
PENGELUARAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA
 Produk
 Premis
 Rumah Sembelih
Logistik
Lima (5) hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Jakim
Jakim/Jain akan menghubungi pengusaha/pengurus jika Sijil Pengesahan Halal Malaysia sudah dicetak.


*SDA-seperti di atas
*Dokumen Sokongan-  i) Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat 
                               ii) Salinan Lesen Perniagaan PBT 
                                   (Pihak Berkuasa Tempatan) 
                              iii) Salinan Penyata Kewangan Tahunan 
                              iv) Salinan Kad Pengenalan, Surat Perlantikan 
                                   & Suntikan Typhoid 2 orang pekerja 
                                   muslim.
                              v)  Salinan Sijil Halal setiap ramuan-ramuan 
                                   yang digunakan.
                              vi) Pelan Lokasi kilang/premis.
                             vii) Pelan layout kilang/premis.
                            viii) Carta Alir Proses ( Flow Chart) setiap produk.
-Sila rujuk Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2012 / Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
-Jika tidak arif menggunakan permohonan e-halal,sila rujuk link ini  http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/manual-pemohon-sistem-e-halal & download.

Sumber : www.halal.gov.my

PENGGIAT INDUSTRI HALAL GESA PROSES PENSIJILAN HALAL MALAYSIA LEBIH CEPAT DAN CEKAP


KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Penggiat industri Halal menggesa Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) supaya mempercepat proses pengeluaran sijil halal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Selepas sesi dialog dengan penggiat industri hari ini, beliau berkata kementerian itu akan berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri dan Jakim tidak lama lagi bagi mewujudkan penyelesaian sama-sama menang untuk manfaat industri halal serta ekonomi secara keseluruhannya.

"Pada masa ini, teknologi dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk halal lazimnya berbeza mengikut pasaran dan negara sasaran. Ini tidak sama seperti dahulu yang hanya melibatkan bahan utama atau prosedur.

"Inilah faktor yang menyebabkan Jakim mengambil masa yang lebih lama untuk mengesahkan produk baharu. Namun kami akan merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog itu.

Mustapa berkata mekanisme Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicadangkan kepada Jakim pada sesi itu bagi menyediakan jangka masa untuk proses pensijilan sesuatu produk.
"Pada pertemuan itu, dua syarikat besar menyuarakan kebimbangan mereka. Sebagai kerajaan yang mesra perniagaan, kami berada di sini untuk membantu perniagaan berkembang," katanya.
-- BERNAMA