Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu.
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak, pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (persoalannya: yang mana satu? kerana ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu sahaja.
CUBA ANDA GOOGLE SEARCH : Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United State - UNTUK LEBIH JELAS :-)
Definasi E -Code ialah : E numbers are codes for food additives that have been assessed for use within the European Union (the "E" prefix stands for "Europe").[1] They are commonly found on food labels throughout the European Union.[2] Safety assessment and approval are the responsibility of the European Food Safety Authority.
- sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920
Kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
E153: carbon black(Bahan pewarna).. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan Halal Malaysia atau badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf, bahan-bahan kritikal dari aspek halal tersebut akan dipastikan mempunyai sijil halal dan spesifikasi yang menunjukkan sumber hasil bahan tersebut terlebih dahulu atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia sebelum disahkan halal.
Tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi tetapi tumbuhan juga ada. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “dipermainkan” dengan isu sebegini.
Untuk menentukan sumber apa asalnya bagi produk yang dilabelkan ramuan dengan kod E, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Yang paling penting Pastikan Ada Logo Halal Malaysia. Semak Direktori halal atau minta sijil halal dari pengeluar/pengedar. Waallahu'alam
Boleh juga rujuk di : http://www.hdcglobal.com/publisher/e_numbers_introduction
E-numbers Database : http://www.hdcglobal.com/publisher/alias/ing_db?dt.driverAction=RENDER&pc.portletMode=view&pc.windowState=normal&pc.portletId=Ingredient-web.IngredientPortlet
HALAL PILIHAN BIJAKSANA
No comments:
Post a Comment