Friday, 14 December 2012

MAKMAL ANALISIS HALAL JAKIM PERTAMA DIWUJUDKAN DI NILAI, NEGERI SEMBILAN


NILAI : Makmal analisis halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang sedang dibina di sini akan mengukuhkan peranan Jakim dalam pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata makmal itu kelak akan menjadi pusat hentian setempat kepada industri penyelidikan dan pensijilan halal dunia, memandangkan segala keperluan dan rujukan pensijilan halal akan tertumpu di makmal itu. 
Ia akan memberi faedah yang amat besar kepada ekonomi negara menerusi pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf di seluruh dunia dan secara tidak langsung mengangkat imej Malaysia sebagai peneraju utama pensijilan halal, katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah makmal itu di Bandar Enstek, di sini.

"Maklumat dan analisis daripada makmal khusus dalam bidang halal ini akan diyakini dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak. Ini akan membantu Malaysia melahirkan pakar rujuk pensijilan halal dan menjadikan Malaysia sebagai peneraju hab halal dunia," katanya.


Jamil Khir berkata buat masa ini tempoh masa memproses sijil halal Malaysia adalah 30 hari, tapi dengan adanya makmal ini, tempoh sedia ada dijangkakan akan dapat dikurangkan.

Beliau berkata kos keseluruhan projek pembinaan makmal analisis halal itu ialah sebanyak RM56.7 juta dengan siling bagi tahun 2011 hingga 2013 sebanyak RM27.5 juta.

Katanya makmal itu merupakan fasa pertama daripada keseluruhan projek Institut Halal Malaysia yang dijangka boleh diduduki mulai Ogos 2014 dan dijangka beroperasi sepenuhnya mulai Januari 2015.

"Sepanjang tahun 2014, makmal ini akan menjalani ujian percubaan peralatan bagi memastikan kesediaan untuk menerima sampel bermula Januari 2015. Projek ini dibangunkan di kawasan seluas 18.4 hektar.

"Bangunan makmal ini akan terdiri daripada tiga seksyen makmal, dua unit pengurusan makmal dan bangunan sokongan dengan menggunakan elemen bangunan hijau' dan kaedah 'sistem binaan berindustri," kata Jamil Khir. - Bernama


Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/14 HARIAN METRO

Saturday, 8 December 2012

PIAGAM PELANGGAN PROSES PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

BIL
PERKARA
KATEGORI
TEMPOH MASA/KELULUSAN
TERMA DAN SYARAT
1
PERMOHONAN BAHARU
Pemohon kali pertama
a.Produk
b.Premis
c.Rumah  Sembelih
d.Logistik
30 hari bekerja selepas bayaran yuran
1) Hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di  www.halal.gov.my 
2) Pemohon hendaklah mengemukakan/menghantar   dokumen sokongan* yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas penghantaran borang e-halal di dalam sistem online.
3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat bayaran yuran dari Jakim/Jain.
4) Tiada notis ketidakakuran (non-comformance/NCR) semasa audit lapangan dijalankan.
2
TAMBAH PRODUK/MENU
Produk/menu baharu menggunakan bahan ramuan baharu
Produk
Premis
30 hari bekerja selepas bayaran yuran
-SDA-*

3
PEMBAHARUAN
dengan perubahan nama produk/menu atau  bahan ramuan atau pengeluar
Produk
Premis
Logistik
30 hari bekerja selepas bayaran yuran
-SDA-
4
KONTRAK PENGELUARAN (OEM)
bagi produk sedia ada yang telah disahkan halal
Produk
Tujuh(7) hari bekerja selepas bayaran yuran
1) Terbuka kepada pengilang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia sahaja.
2) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

3) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas penghantaran borang
4) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat yuran dari Jakim/Jain.
5
TAMBAH PRODUK/ MENU
menggunakan bahan ramuan sedia ada yang telah disahkan halal
Produk
Premis
Tujuh(7) hari bekerja selepas bayaran yuran
1)Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

2) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas penghantaran borang.
3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat yuran dari Jakim/Jain.
4) Produk/Menu dihasilkan menggunakan ramuan sedia ada yang telah disahkan halal
5) Bagi premis, permohonan terbuka kepada premis yang mempunyai Dapur Utama dan Outlet makanan yang telah disahkan halal sahaja
6
PEMBAHARUAN
tanpa sebarang pindaan nama produk/menu atau bahan ramuan atau pembekal
Produk
Premis
Logistik
Satu(1) hari bekerja selepas bayaran yuran
1)    Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

2) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh lima hari bekerja selepas penghantaran borang
3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat yuran dari Jakim/Jain.
4) Pemohon hendaklah melampirkan Surat Aku Janji sebagai bukti.
5) Bagi premis, permohonan terbuka kepada premis yang mempunyai Dapur Utama dan Outlet makanan yang telah disahkan halal sahaja
6) Pemohon hendaklah mempunyai rekod pensijilan halal yang baik
7
PINDAAN SIJIL
Produk
Premis
RumahSembelih
Logistik
Satu(1) hari bekerja selepas bayaran yuran
1)Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan secara rasmi
2)Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat surat yuran dari Jakim/Jain. 
3)Dokumen sokongan berikut hendaklah dikemukakan:
a) Pindaan nama produk
-Salinan asal Sijil Pengesahan Halal Malaysia
b) Pertukaran nama syarikat tanpa melibatkan pertukaran alamat atau  nama produk
-Salinan asal Sijil Pengesahan Halal Malaysia
-Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
-Salinan lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan
c) Sijil hilang/rosak
-Salinan laporan polis
-Salinan sijil asal (jika ada)
8
PENGELUARAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA
 Produk
 Premis
 Rumah Sembelih
Logistik
Lima (5) hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Jakim
Jakim/Jain akan menghubungi pengusaha/pengurus jika Sijil Pengesahan Halal Malaysia sudah dicetak.


*SDA-seperti di atas
*Dokumen Sokongan-  i) Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat 
                               ii) Salinan Lesen Perniagaan PBT 
                                   (Pihak Berkuasa Tempatan) 
                              iii) Salinan Penyata Kewangan Tahunan 
                              iv) Salinan Kad Pengenalan, Surat Perlantikan 
                                   & Suntikan Typhoid 2 orang pekerja 
                                   muslim.
                              v)  Salinan Sijil Halal setiap ramuan-ramuan 
                                   yang digunakan.
                              vi) Pelan Lokasi kilang/premis.
                             vii) Pelan layout kilang/premis.
                            viii) Carta Alir Proses ( Flow Chart) setiap produk.
-Sila rujuk Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2012 / Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
-Jika tidak arif menggunakan permohonan e-halal,sila rujuk link ini  http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/manual-pemohon-sistem-e-halal & download.

Sumber : www.halal.gov.my

PENGGIAT INDUSTRI HALAL GESA PROSES PENSIJILAN HALAL MALAYSIA LEBIH CEPAT DAN CEKAP


KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Penggiat industri Halal menggesa Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) supaya mempercepat proses pengeluaran sijil halal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Selepas sesi dialog dengan penggiat industri hari ini, beliau berkata kementerian itu akan berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri dan Jakim tidak lama lagi bagi mewujudkan penyelesaian sama-sama menang untuk manfaat industri halal serta ekonomi secara keseluruhannya.

"Pada masa ini, teknologi dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk halal lazimnya berbeza mengikut pasaran dan negara sasaran. Ini tidak sama seperti dahulu yang hanya melibatkan bahan utama atau prosedur.

"Inilah faktor yang menyebabkan Jakim mengambil masa yang lebih lama untuk mengesahkan produk baharu. Namun kami akan merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog itu.

Mustapa berkata mekanisme Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicadangkan kepada Jakim pada sesi itu bagi menyediakan jangka masa untuk proses pensijilan sesuatu produk.
"Pada pertemuan itu, dua syarikat besar menyuarakan kebimbangan mereka. Sebagai kerajaan yang mesra perniagaan, kami berada di sini untuk membantu perniagaan berkembang," katanya.
-- BERNAMA

Monday, 12 November 2012

STANDARD HALAL MALAYSIA

 2.1 JAWATANKUASA STANDARD INDUSTRI (ISC)
  • ISC D Bangunan, Pembinaan dan Kejuruteraan Awam
  • ISC E Penjanaan, Penghantaran dan Pengagihan Tenaga
  • ISC F Kejuruteraan Mekanikal
  • ISC G Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Multimedia
  • ISC H Petroleum dan Gas
  • ISC I Standard Halal
  • ISC J Plastik dan Produk Plastik
  • ISC K Pembungkusan dan Logistik
  • ISC L Kenderaan
  • ISC M Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran
  • ISC N Getah dan Keluaran Getah
  • ISC O Pengurusan Organisasi
  • ISC P Bahan Logam dan Produk Semi-siap
  • ISC Q Tekstil dan Pakaian
  • ISC R Peralatan Perubatan dan Kemudahan untuk Penjagaan Kesihatan
  • ISC S Peralatan dan Aksesori Elektrik dan Elektronik
  • ISC T Pelancongan ISC, Pameran & Hospitaliti
  • ISC U Makanan dan Produk Makanan
  • ISC W Keselamatan dan Kesihatan
  • ISC Y Pengurusan Kualiti dan Jaminan Kualiti
  • ISC Z Pengurusan Alam Sekitar

2.2 KEAHLIAN ISC I-STANDARD HALAL
      (INDUSTRY STANDARD COMMITTE FOR HALAL)
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Standards Malaysia
  • Persekutuan Pengilang Malaysia
  • Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd
  • Institut Kefahaman Islam Malaysia
  • Institut Kualiti Malaysia
  • Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Insitut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanaian Malaysia
  • Persatuan Pengguna Standard Malaysia
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Persatuan Pengguna Islam




2.3 KEAHLIAN JAWATANKUASA TEKNIKAL MAKANAN HALAL DAN PENGGUNA     ISLAM
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Perikanan Malaysia
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
  • Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
  • Persekutuan Pengilang Malaysia
  • Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd
  • Institut Kefahaman Islam Malaysia
  • Institut Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia
  • Agricultural Research and Development Institute
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Mufti Wilayah Persekutuan
  • Persatuan Pengguna Islam
  • Kastam DiRaja Malaysia
  • SIRIM QAS International Sdn Bhd
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Teknologi MARA
  


2.4 STATUS MS (MALAYSIAN STANDARDS) PADA 30 APRIL 2012
  • MS 1500:2009 (E & M), Makanan Halal - Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian Dan Penyimpanan - Garis Panduan Besar (Semakan Kedua)
  • MS 2424: 2012 Farmaseutikal Halal - Garis Panduan Am
  • MS 2200-1:2008 (E & M), Barangan Pengguna Islam - Bahagian 1: Kosmetik Dan Penjagaan Peribadi - Garis Panduan Am
  • MS 2200-2:2012 - Barang Gunaan Islam - Bahagian 2: Penggunaan Tulang, Kulit dan Bulu Haiwan - Garis Tutorial Umum
  • MS 1900:2005, Sistem Pengurusan Kualiti - Keperluan Dari Perspektif Islam
  • MS 2300:2009, Sistem Pengurusan Berasaskan Nilai - Keperluan Dari Perspektif Islam
  • MS 2393 (P) Prinsip Islam Dan Halal - Definisi dan Penafsiran Istilah
  • MS 2400 - 1:2010, Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline - Keperluan Sistem Pengurusan Bagi Pengangkutan Barang dan / atau Perkhidmatan Rantaian Kargo
  • MS 2400 - 2:2010, Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline - Sistem Pengurusan Keperluan untuk Gudang dan Aktiviti Berkaitan
  • MS 2400 - 3:2010, Halalan Toyyiban Assurance Pipeline - Keperluan Sistem Pengurusan untuk Peruncitan

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.msonline.gov.my/ dan http://www.sirim.my/services_SQ.asp 

HUB HALAL DI MALAYSIA

1. Taman-taman Industri Halal Di Malaysia

Pembangunan Taman Industri Halal di Malaysia adalah di bawah pemantauan Halal Industry Development Corporation (HDC) dengan tujuan untuk menyediakan dan memudahkan pelabur mendapatkan status HALMAS. HALMAS adalah akreditasi yang diberikan kepada pengendali Taman Halal yang telah berjaya mematuhi keperluan dan garis panduan yang ditetapkan di bawah Pembangunan Taman Halal HDC yang terpilih. Ia juga merupakan satu lambang kecemerlangan untuk taman yang mempunyai kualiti yang sepatutnya diberi perhatian dalam pengeluaran produk halal yang berintegriti, berkualiti tinggi dan selamat.
Dengan status HALMAS, pengendali taman Halal, pemain industri dan pengendali logistik akan dapat menikmati insentif-insentif yang ditawarkan oleh HDC.
Dengan status HALMAS, pengendali taman Halal, pemain industri dan pengendali logistik akan dapat menikmati insentif-insentif yang ditawarkan oleh HDC.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.halal.gov.my/v3/

Taman-taman Halal yang dibangunkan oleh Agensi Kerajaan Persekutuan, Agensi Kerajaan Negeri dan inisiatif pihak swasta adalah:

A. Taman-taman Halal yang sedang beroperasi dengan status HALMAS

No
Taman Halal
Milik
Keluasan
1.
PKFZ Flagship Halal Zone, Selangor
Agensi Kerajaan Persekutuan
1,000 ekar
2.
Hab Halal Selangor, Pulau Indah, Selangor
Agensi Kerajaan Negeri
1,000 ekar
3.
Melaka Hub Halal, Serkam, Melaka
Agensi Kerajaan Negeri
135 ekar
4.
Techpark@enstek, Nilai, Negeri Sembilan
Swasta
480 ekar
  5. POIC Halal Industrial Park Lahad Datu, Sabah
Agensi Kerajaan Negeri
292 ekar
  6. Tanjung Manis Halal Hub, Sarawak (TMHH)
Agensi Kerajaan Negeri
77,000 ha
  7. Penang International Halal Hub, Bukit Minyak (PIHH)
Agensi Kerajaan Negeri
100 ekar
  8. Pahang Halal Park, Gambang
Agensi Kerajaan Negeri
200 ekar
  9. Kelantan Halal Park, Pasir Mas
Agensi Kerajaan Negeri
100 ekar
 10. POIC Tg Langsat, Pasir Gudang
Swasta
261 ekar


B. Taman-taman Halal yang sedang beroperasi tanpa HALMAS
    (permohonan sedang diproses)

No
Taman Halal
Milik
Keluasan
 11. Pedas Halal Park, Negeri Sembilan
MIDF
100 ekar
 12. Kelantan Halal Park, Pengkalan Chepa
Agensi Kerajaan Negeri
2 ekar
 13. Labuan Halal Distributive Hub, Kiansam
Agensi Kerajaan Persekutuan
50 ekar
 14. Kedah Halal Park, Sg Petani
Agensi Kerajaan Negeri
36 ekar
 15. Terengganu Halal Park, Chendering
Agensi Kerajaan Negeri
4.7 ekar

C. Taman-taman Halal yang sedang dibangunkan

No
Taman Halal
Milik
Keluasan
 16. Perlis Halal Park, Padang Besar
Agensi Kerajaan Negeri
28 ekar
 17. Prima Halal Park
Swasta
100 ekar


D. Taman-taman Halal yang sedang dirancang

No
Taman Halal
Milik
Keluasan
 18. Sabah Halal Park, Sepanggar
Agensi Kerajaan Negeri
-
 19. Johor Halal Park
Agensi Kerajaan Negeri
-
 20. Perak Halal Park
Agensi Kerajaan Negeri
- 

Sunday, 11 November 2012

HUKUM MEMAKAN KETAM NIPAH

Soalan:

Apakah hukum memakan ketam nipah? ada dua pendapat yang pertama hukummya boleh dimakan oleh orang islam dan pendapat kedua mengatakan hukumnya haram dimakan oleh orang islam kerana hidup di dua alam yakni darat dan air.. Minta jelaskan. sekian..tq

Jawapan :

Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis crustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.
Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air.
Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah* adalah binatang yang boleh dimakan.
Wallahu alam.

*nama lain bagi ketam nipah ketam lembut, ketam bakau, bangkang, ketam nyior dan mud crab.


 

HUKUM MEMAKAN DAGING / ISI BELANGKAS & TELURNYA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas.

Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.


Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Sumber: e-fatwa JAKIM.